WOWTalk bersama Dato’ Fazley Yaakob

img_0184
Yang Berbahagia Dato’ Fazley Yaakob

24 NOVEMBER, PUTRAJAYA – Program bual bicara “WOW Talk” kesinambungan dari UNITEN WOW 3.0 dengan tajuk ‘Serlahkan Faktor Wow Anda’ telah berlansung pada 23 November 2016 bertempat di Auditorium Perpustakaan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), anjuran kelab Emceevengers telah dihadiri 131 orang pelajar.

Program ini turut dihadari oleh Mohamad Erwan bin Mohamed Yusoff, Penasihat Kelab Emceevengers merangkap Penolong Pendaftar Kanan bagi Pembangunan Pelajar, Pusat Hal Ehwal Pelajar UNITEN dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UNITEN. Program ini adalah bertujuan untuk memberikan keyakinan kepada pelajar UNITEN dalam menceburi sesuatu bidang yang berlainan daripada kebiasaan mereka. Justeru, perkongsian ilmu oleh Dato’ Fazley Yaakob sebagai Panel pada hari berlangsungnya program itu sangatlah membantu dalam melahirkan pelajar yang fleksibel dalam pelbagai bidang.

img_0228
Dato’ Fazley bersama anak-anak kesayangannya

Dato’ Fazley Yaakob merupakan seorang penyanyi, Juara Masterchef Selebriti Malaysia, pakar motivasi, pengacara TV, ahli perniagaan dan penulis ruangan mingguan “bersama Fazley Yaakob” dalam Utusan Malaysia. Beliau telah mempunyai 10 tahun pengalaman dalam bidang memberikan motivasi dan menjalankan seminar dengan syarikat yang terkenal.

“Lalui hari anda selama 24 jam tanpa sebarang keluhan dan lihat betapa banyaknya perubahan dalam hari anda” serta “Your name is your brand. Brand is when people talk about you when you are not in the room.” ujar Dato’ Fazley Yaakob telah menjadi sumber semangat kepada pelajar UNITEN dalam melalui kehidupan sebagai pelajar.

Program “WOW Talk” telah berlangsung dengan lancar dan mencapai objektif yang digariskan oleh kelab Emceevengers.

img_0286
Penyampaian cenderahati kepada Dato’ Fazley oleh Mohamad Erwan bin Mohamed Yusoff (kedua dari kiri), Penolong Pendaftar Kanan bagi Pembangunan Pelajar, Pusat Hal Ehwal Pelajar UNITEN, diiringi oleh Rabiatul Adawiyah Jamil (kedua dari kanan), Setiausaha Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UNITEN dan pengiring majlis
img_0315
Sesi bergambar bersama Dato’ Fazley

Disediakan oleh : Nur Syafiqah Binti Norshah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *