PUTRAJAYA, 17 NOVEMBER – Satu sesi \’Townhall\’ bersama Vice Chancellor Uniten, anjuran pihak pengurusan telah diadakan di Dewan Sri Sarjana semalam. Sesi yang dipengerusikan oleh saudara Amar Amjad- Presiden Majlis Perwakilan Pelajar itu bertujuan untuk memberi maklumat terkini universiti di samping menjawab pertanyaan yang diajukan oleh para pelajar ketika sesi dijalankan mahupun melalui #TanyaUniten di laman sosial Twitter.
Sesi \’Townhall\’ kali ini telah dimulakan dengan persembahan nyanyian oleh Amir Syazwan(Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik) Juara AF 2016 yang turut memeriahkan suasana pada malam itu.
2 jam bersama Dato\’ Prof. Kamal diteruskan dengan pembentangan plan strategik Uniten yang diberi nama BOLD 2025 – Building Opportunity and Living Dreams 2025. Antara perkara yang ditekankan adalah proses menaiktaraf fasiliti yang telah dan sedang dijalankan di Uniten.
Setelah selesai pembentangan, sesi itu diakhiri dengan sesi Q&A bersama para pelajar. Apakah soalan-soalan yang ditanya? #TanyaUniten