
PUTRAJAYA, 1 DISEMBER. – Forum \”Siswa Talk: Tak Kenal Maka Tak Cinta\” anjuran Pusat Pengajian Islam (PPI UNITEN) dengan kerjasama Centre of Islamic & Civilization (CICU UNITEN) telah diadakan di aras bawah, Masjid Uniten, Kampus Putrajaya pada 1 Disember 2016.
Forum ini berdiskusi tentang perasaan cenderung yang amat kuat terhadap sesuatu perkara dan seterusnya menimbulkan persoalan jika kita tidak kenal dengan seseorang bagaimana mungkin kita dapat menzahirkan satu perasaan cinta terhadapnya.
Forum kali ini juga turut menampilkan beberapa personaliti TV yang hebat antaranya adalah Ustaz Elyas Ismail, personaliti TV3 yang terkenal dengan rancangan Al-Kuliyyah dan Tanyalah Ustaz. Selain itu, Puan Salima Habibi, DJ Radio IKIM FM juga turut sama hadir.
\”Objektif yang ingin dicapai dari forum adalah bagi memberi persediaan mengenali alam cinta yang sebenar dan menuju kepada Baitul Muslimin seterusnya membawa diri ke arah kebaikkan.\” – Nur Syamim Adila, Timbalan Helwani PPI Uniten
Ahli panel telah berkongsi pandangan dan membincangkan definisi cinta, serta cara-cara untuk mendapatkan cinta itu terutamanya cinta kepada Allah SWT melalui jalan ilmu.
\”InsyaAllah, kami akan meneruskan program seumpama ini di masa yang akan datang memandangkan ia banyak memberi manfaat kepada kita semua terutama sekali pelajar Islam di UNITEN. – Muhammad Syafinaz , Timbalan Presiden PPI Uniten
\”Antara program yang terdekat adalah pada 6 Disember 2016, iaitu Program Fiqh Wanita khususnya untuk pelajar wanita bertempat di Surau Kelompok Ilmu\” tambah beliau.
Untuk info lanjut dan maklumat program terdekat, sila ke laman facebook PPI Uniten
Disediakan oleh: Azrif Asraf Azman
