PUTRAJAYA, 7 DISEMBER – Satu mesyuarat penyelarasan Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) Sesi 2016/17 dan sesi ramah mesra ahli MPPK bersama pengurusan tertinggi Kementerian Pendidikan Tinggi telah diadakan bertempat di Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Putrajaya.
Antara pengisian mesyuarat tersebut adalah sesi bersama YB Datuk Hj Abd. Halim Jusoh , Setiausaha Politik Menteri Pendidikan Tinggi, di mana para pimpinan mahasiswa yang ada tidak melepaskan peluang untuk mengutarakan soalan-soalan yang bernas agar dapat dikongsikan bersama penjelasannya.
Sesi pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar Kebangsaan (MPPK) yang baru juga turut diadakan pada hari tersebut. Presiden YDP MPPK yang telah dipersutujui bersama adalah Muhammad Syahmi Aiman bin Sulaiman dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Pada sebelah petang, sesi penyerahan nota serah tugas mantan Pengerusi YDP/Presiden MPP IPT kepada sesi 2016/17 telah diadakan dan disempurnakan oleh YB Dato\’ Seri Idris Jusoh , Menteri Pendidikan Tinggi.
Dato\’ Seri Idris berkata, semua cadangan yang dikemukakan pemimpin mahasiswa ketika pembentangan kertas kerja pada mesyuarat MPPK akan diperhalusi dengan teliti secara serius untuk dijadikan sebagai sebahagian dasar kerajaan pada masa depan.
Beliau juga menasihati semua mahasiswa supaya sentiasa menghargai ruang dan peluang untuk memberikan pandangan yang konstruktif kepada kerajaan demi kebaikan masyarakat dan negara.
Mesyuarat tersebut juga dihadiri oleh 4 orang wakil IPTS iaitu Universiti Tenaga Nasional UNITEN, Universiti Teknologi Petronas UTP, Multimedia University MMU dan juga Universiti Kuala Lumpur UniKL.
Presiden MPP , Saudara Amar Amjad bin Abdul Wahid, yang mewakili UNITEN telah dilantik sebagai \’Ketua Mahasiswa Universiti Swasta\’ mewakili seluruh pelajar IPTS 1 Malaysia.
\”Mesyuarat MPPK merupakan platform terbaik yang menjadi penghubung antara kerajaan dan barisan kepimpinan mahasiswa IPT dalam membincangkan isu-isu semasa yang berkait dengan hal ehwal mahasiswa.\” ujar Amar
\”Ia juga bertujuan memberi ruang dan peluang kepada mahasiswa untuk menyuarakan idea dan pandangan mereka melalui KPT dalam usaha merencanakan agenda pembangunan negara.\” tambah beliau.
Disediakan oleh: Azrif Asraf Azman