Tanggal 12 Rabiulawal merupakan satu tarikh keramat dalam sejarah umat Islam di seluruh dunia. Kedatangan Nabi Muhammad yang merupakan satu rahmat terbesar dan anugerah teragung yang Allah SWT kurniakan kepada alam semesta ini. Manusia pada saat itu berada dalam kekufuran, kegelapan dan tidak mengenal pencipta mereka. Pada masa tersebut juga penyembahan terhadap berhala menjadi suatu penghormatan, perzinaan adalah suatu kebanggaan, mabuk dan judi berleluasa, merompak serta membunuh adalah suatu keberanian.
Sehubungan ini Allah SWT mengutuskan seorang Rasul yang ditunggu oleh umat manusia untuk menghentikan semua kerosakkan ini dan membawanya kepada cahaya ilahi.
Oleh yang demikian wajarlah kita merenung kembali dan mengkaji sendiri tentang manusia teragung, Rasulullah SAW dan peranannya dalam pembangunan manusia dan penyatuan ummah. Maulidur Rasul juga merupakan masanya bagi umat Islam untuk memperingati semula Rasulullah SAW dan seterusnya menjadikan contoh sifat dan kehidupannya sebagai teladan yang baik.
Namun, jika dilihat pada hari ini, adakah Maulidur Rasul mendapat sambutan? atau semua orang masih lebih ingat buntat daripada Nabi Muhammad SAW, sibuk dengan kisah Dajjal dan Moana, atau pelbagai lagi isu-isu kecil yang membuatkan kita bergaduh sesama sendiri.
Dengan tema sambutan Maulidur Rasul tahun ini, \’ Ukhuwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah\’, adakah ukhuwah yang terbina berasaskan iman dan taqwa telah menumbukan rasa persaudaraan, kasih sayang dan saling hormat menghormati antara satu sama lain tanpa mengira status bangsa, agama dan juga fahaman politik? Dapatkah kita bersatu padu sebagai sebuah ummah yang kuat selepas ini?
Tepuk dada tanya iman.