6 DISEMBER, PUTRAJAYA – Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Tenaga Nasional (MPP UNITEN) telah menganjurkan Program \”Quicksilver Super Enhance (QSE) \” pada 2 hingga 4 Disember 2016 bertempat di UNITEN Kampus Putrajaya. Program ini melibatkan Eksekutif MPP UNITEN, EmceeVengers dan Skuad Media kedua-dua kampus iaitu Kampus Putrajaya dan juga Kampus Sultan Haji Ahmad Shah (KSHAS).
Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan bagi kedua kampus serta berkongsi pengalaman antara satu sama lain. Program ini bermula pada 2 Disember 2016 bertempat di teater BV dan telah melibatkan seramai 80 orang peserta.
Pengisian program diteruskan dengan sesi taklimat penyedian kertas kerja mengikut format yang telah ditetapkan dari Hal Ehwal Pelajar (HEP) Uniten oleh Saudara Ahmad Hazim iaitu Exco Kelab dan Persatuan. Seterusnya, peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil bagi menyiapkan tugasan kertas kerja yang diberikan dan kemudiannya melakukan sesi pembentangan tentang program yang hendak dikendalikan.
\”Alhamdulilah, kerana diberi peluang sekali lagi untuk menyertai Quicksilver Enhance bagi edisi kali ketiga. Sudah tentunya akan ada perbezaan bagi setiap edisi, tetapi ia juga memiliki persamaan iaitu konsep keluarga dalam organisasi. Penerapan elemen penting ini seringkali dapat dilihat bagi setiap edisi dan sudah tentunya ia sungguh bermakna bagi saya. Semoga nilai ukhwah ini dapat dikekalkan dan teguh dalam menghadapi dugaan serta cabaran mendatang.\” ujar saudara Amir Muzzammil, Emceevengers Putrajaya.
\”Saya berharap agar semua peserta pulang dengan harapan dan semangat yang baru untuk meneruskan kerja lebih kurang 6 bulan lagi. Semoga 6 bulan yg kedua ini dapat menjadi lebih baik dari yang sebelum ini. Saya juga berharap agar hubungan kedua – dua kampus terus kukuh dan kuat demi menjadikan uniten sebuah universiti yang berada di ranking top 100 selari dengan matlamat uniten dan yang paling penting sekali, saya berharap semua yang hadir program QSE ini dapat menimba ilmu dan pengalaman yang baru serta berguna untuk digunakan di Uniten dan diluar uniten kelak.\” ujar saudara Mohamad Nazhan selaku Pengarah Program QSE.
Hari terakhir QSE dimulakan dengan aktiviti riadah sebelum peserta diberi masa untuk mempersiap diri sebelum majlis penutup dimulakan. Majlis penutup QSE dihadiri oleh barisan MPP iaitu Saudara Amar Amjad, Saudara Ahmad Hazim, Saudara Mohamad Nazhan dan juga Saudari Amira.
Ditulis oleh : Nur Syafiqah Binti Norshah