Pasukan UNITEN di Pesta Hoki USM-Penang

Dr. Abdul Aziz Mat Isa bersama UNITEN Ivy & UNITEN Ace
Dr. Abdul Aziz Mat Isa bersama UNITEN Ivy & UNITEN Ace

PULAU PINANG, 25 NOVEMBER 2016 – Pasukan  Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) meraih kejayaan dengan menjuarai kategori IPT wanita dan menjadi naib juara bagi kategori lelaki di Pesta Hoki Universiti Sains Malaysia (USM) kali ke-43.

UNITEN IVY muncul kategori wanita selepas berjaya menewaskan pasukan UPM (A)  1-0 sebelum UNITEN ACE tewas dalam acara ‘penalty shootout’  1-2 kepada pasukan lelaki UPM.

Juara membawa pulang wang tunai RM 1,000, piala iringan dan pingat manakala naib johan menerima RM 700 beserta piala dan pingat.

Pada perlawanan itu,  pemain penyerang UNITEN,  Nur Aisyah Yaacob, pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal, menerima anugerah pemain terbaik dan penjaring terbanyak kategori IPT wanita

Pesta Hoki kali ini disertai oleh lebih 300 pasukan termasuk dari India, Sri Lanka, Thailand, Pakistan dan mempertandingkan 10 kategori iaitu aitu Boys U-12, Girls U-12, Boys U-15, Girls U-15, Ladies U-18, Mens U-18, Varsity Men, Varsity Women, Mens Open, Womens Open dan Mens Veteran.

Disediakan oleh : Azrif Asraf Azman

Juara kategori IPT wanita
Juara kategori IPT wanita
Naib juara kategori IPT-lelaki
Naib juara kategori IPT-lelaki
Permain terbaik dan penjaring terbanyak kategori IPT wanita- Nur Aisyah Yaacob
Permain terbaik dan penjaring terbanyak kategori IPT wanita- Nur Aisyah Yaacob

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *