Kunjungan Kehormat MPP UNITEN ke Pejabat YB Dato\’ Razali Ismail

\"pmo1\" PUTRAJAYA, 17 OGOS – Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UNITEN, diiringi oleh Pengarah Hal Ehwal Pelajar (HEP), Dr. Abdul Aziz bin Mat Isa,  telah mengunjungi pejabat Timbalan Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri, Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Dato’ Razali Hj Ibrahim untuk sesi perkongsian bersama beliau.

Antara topik perbincangan bersama Dato’ Razali sebenar tadi adalah pengalaman beliau sebagai presiden MPP in Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) semasa zaman universiti beliau, kepentingan mahasiswa untuk peka terhadap isu-isu semasa seperti isu harga kelapa sawit, isu cukai barang dan perkhidmatan (GST), isu Perjanjian Persefahaman Trans-Pasifik (TPPA) dan kemampuan mahasiswa untuk berdisklusi secara matang.

 

Dato’ Razali, yang merupakan Ketua Biro Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) UMNO Malaysia, turut membincangkan tentang pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 dan kepentingan mengadakan pilihan raya kampus dan perbezaan budaya semasa pilihran raya kampus berlangsung antara Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan IPTS.

\"PMO2\"

DI samping itu, Dato’ Razali juga mengalakkan mahasiswa untuk menyertai program-program yang dianjurkan kerajaan seperti Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM), Mahasiswa Turun Parlimen (MANTAP) dan program-program kerajaan yang sedia ada seperti khidmat masyarakat banjir. Perjumpaan tersebut diakhiri dengan kata-kata semangat yang diberikan kepada para ahli MPP. “Jika anda datang mesyuarat bersama saya secara keseorangan daripada sebuah pasukan merangkumi 10 hingga 20 orang, anda bukan seorang pemimpin” kata Dato’ Razali ketika menerangkan program-program anjuran kerajaan.

DISEDIAKAN OLEH : GAN ZHI HAN

Leave a Comment

Your email address will not be published.