KONSERT LEGASI WOW

\"singer

PUTRAJAYA, 2 JUN – Lebih 2000 pengunjung membanjiri Dewan Seri Sarjana Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) hari ini untuk menghadiri Konsert Legasi WOW yang merupakan acara penutup UNITENWOW 3.0.

Acara yang dimeriahkan oleh barisan selebriti tempatan seperti Tasha Manshahar, Sakura Band, Asfan Shah, Ir Radzi dan Tuah Saja itu bertujuan untuk menghargai kelab dan persatuan didalam UNITEN untuk kegiatan aktiviti kokurikulum dan pencapaian mereka didalam dan luar universiti.

Konsert Legasi WOW merupakan salah satu elemen yang diwujudkan dalam UNITENWOW selain WOWTALENT yang memaparkan bakat-bakat pelajar UNITEN yang turut sama memeriahkan acara itu.

Selain daripada Tenaga Nasional Berhad sendiri sebagai badan induk, UNITENWOW turut mendapat bantuan dan sokongan daripada Kementerian Belia dan Sukan, selain bekerjasama dengan Tonton.my, Karangkraf dan dimeriahkan dengan kehadiran agensi bukan kerajaan seperti Islamic Relief dan Yayasan Dana Kebajikan Muslim Malaysia.

\"singer

 

\"singer

 

\"singer

 

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published.