Karnival Sukan Kelompok Amanah 1.0

\"prof-zamri\"KAJANG, 21 NOVEMBER – Program Karnival Sukan Kelompok Amanah 1.0 anjuran Persatuan Pelajar Kelompok Amanah telah diadakan pada 18 November sehingga 20 November 2016 baru-baru ini dengan bertemakan “Sukan Nadi Amanah\”. Program ini diadakan di Kelompok Amanah buat julungjulung kalinya yang melibatkan beberapa acara sukan yang dipertandingkan. Antaranya ialah sukan sepak takraw, badminton (beregu) dan “3 vs 3 street football” yang disertai oleh mahasiswa yang menginap di Kelompok Amanah.

Antara objektif program ini diadakan adalah untuk menghidupkan suasana gaya hidup yang sihat dalam kelompok Amanah lebih-lebih lagi pada hujung minggu yang sememangnya menjadi cabaran untuk mengadakan program sebegini yang melibatkan mahasiswa yang menginap di kelompok Amanah. Selain itu, program ini juga diadakan dengan bertujuan bagi mewujudkan komuniti yang sihat jasmani dalam kalangan mahasiswa yang menginap di kelompok Amanah di samping kecerdasan dalam intelek serta memupuk rasa cinta akan menetap di kelompok kampus Putrajaya. Semua acara sukan yang dipertandingkan menggunakan sepenuhnya kemudahan gelanggang yang disediakan oleh pihak UNITEN di dalam kelompok Amanah.

\"amanah2\"

Di samping acara sukan yang dipertandingkan, terdapat juga vendor-vendor jualan makanan dan minuman dibuka bagi memeriahkan lagi suasanan sepanjang karnival ini berlangsung. Secara keseluruhannya, sebanyak 26 pasukan telah menyertai bagi mewakili blok masing-masing dalam semua sukan yang dipertandingkan. Bagi acara sukan sepak takraw, acara ini telah berlangsung pada hari Sabtu dan Ahad di gelanggang blok A1 dan A2 yang melibatkan 5 pasukan bertanding bagi merebut kejuaraan dalam sukan sepak takraw. Begitu juga dengan acara sukan badminton yang berlangsung selama 3 hari di gelanggang A1 dan A2 serta gelanggang A3 dan A4 yang melibatkan 12 pasukan bertanding daripada peringkat kumpulan sehingga ke pusingan kalah mati.

“Pada pendapat kami, walaupun program ini merupakan program pertama kali diadakan, ia dianggap berjaya dengan kerjasama yang baik dalam menjalankan program ini dengan khidmat nasihat serta bimbingan oleh En.Ikmal bin Abdul Jabar, penasihat program dan sudah tentunya kami daripada Persatuan Pelajar Kelompok Amanah ingin terus memberikan yang terbaik kepada mahasiswa di kelompok Amanah dan kepada pihak Universiti Tenaga Nasional khususnya.\” kata Muhammad Amer Danial bin Rahmat, Naib Presiden 2 PPKA sesi 2016/17 .

Program ini diakhiri dengan majlis penutup dan penyampaian hadiah kepada para pemenang yang telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Prof. Dr. Mohd Zamri bin Yusoff, Timbalan Naib Canselor untuk Hal Ehwal Pelajar, Alumni dan Pengurusan, UNITEN. Antara tetamu jemputan lain yang turut memeriahkan lagi majlis tersebut ialah Ustaz Dr. Abdul Aziz bin Mat Isa, Pengarah Pusat Hal Ehwal Pelajar UNITEN serta barisan felo Kelompok Amanah.

\”Kami di sini bertekad akan terus meningkatkan kualiti program yang diadakan bagi memastikan setiap program yang diadakan mencapai objektif dan memberi impak kepada mahasiswa UNITEN. Semoga Kelompok Amanah di landasan yang betul untuk menjadi sebuah kelompok yang ekslusif bukan sahaja melahirkan mahasiswa yang cemerlang dari segi akademik malah dari segi kokurikulum juga turut cemerlang. Jutaan terima kasih kepada yang menjayakan program Karnival Sukan Kelompok Amanah 1,0 dan nantikan 2.0.” tambah Amer.

\"amanah\"

 

\"amanah-3\" \"amanah-4\"

Nota : Artikel ini dibawakan khas oleh Persatuan Pelajar Kelompok Amanah (PPKA), UNITEN

Leave a Comment

Your email address will not be published.