Karnival Integriti 2017 bersempena Ulang Tahun ke-20 UNITEN

PUTRAJAYA, 10 JANUARI 2017 – Kelab Integriti telah menganjurkan Program Karnival Integriti 2017 bersempenakan ulang tahun ke-20 Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) pada 7 Januari 2017 yang bertempat di Medan Selera Kolej Kejuruteraan UNITEN.

Tujuan Karnival Integriti 2017 diadakan bertujuan untuk memupuk kesedaran diri pelajar UNITEN mengenai pentingnya integriti dalam kehidupan seharian. Antara aktiviti yang diadakan pada Karnival Integriti 2017 termasuk \”Integrity Ride\” dengan kerjasama Kelab Basikal UNITEN, \”Hand Lettering\” dengan kerjasama Unit Kesenian dan Kebudayaan, College of Foundation and Diploma Studies (CFDS), \”Shine Your Beauty\” , \”Down to memory lane\” dan pameran pertandingan poster dan fotografi yang telah dijalankan pada 2 minggu sebelum karnival yang berlandaskan dua tema, iaitu ulang tahun ke-20 UNITEN dan Tahun Baru 2017.

Karnival Integriti 2017 telah dirasmikan oleh Dato\’ Prof. Ir. Dr. Kamal Nasharuddin Mustapha, Naib Canselor UNITEN dan turut dihadiri oleh Prof. Dr. Mohd Zamri Yusoff, Timbalan Naib Canselor UNITEN untuk hal ehwal pelajar dan alumni,  Dr. Abdul Aziz Mat Isa, Pengarah Pusat Hal Ehwal Pelajar UNITEN, Yang berusaha Prof. Dr. Abu Bakar Musa, Dekan Kolej Asasi dan Diploma ( CFDS ) UNITEN, Dr Rosmiza Mokhtar, Timbalan Dekan Kolej Asasi dan Diploma ( CFDS ) UNITEN, Dr. Yunus Yusoff, Ketua Jabatan Pengkomputeran CFDS, Puan Elya Sulfiza Abdul Razak, Ketua Jabatan Sains dan Matematik CFDS dan Farhaniza Ghazali, Penyelaras Program Persediaan Pelajar Cemerlang (PPES) CFDS.

\” Harapan saya adalah supaya Kelab Integriti mampu menganjurkan aktiviti seperti ini pada masa yang akan datang bagi memupuk nilai-nilai integriti dalam kalangan pelajar universiti, khususnya pelajar UNITEN. Aktiviti seperti ini mampu menjana \”outcome\” yang bagus untuk mahasiswa dan mahasisiwi untuk bergelar graduan satu hari kelak dan mampu mengamalkan nilai integriti dalam alam pekerjaan.\” ujar saudara Muhammad Syafiq Aiman bin Muhammad Bazlan yang merupakan Timbalan Pengarah Program Karnival Integriti 2017.

 

 

 

Ditulis oleh : Nur Syafiqah Bt Norshah

Leave a Comment

Your email address will not be published.