KAMI-hidup ini memang,tapi esok masih ada ;)

 

\"\"

Selain muzik balada, Malaysia juga pernah digegarkan dengan gelombang muzik Indie atau bergenre Punk/Rock sejak dari tahun 90-an lagi dari kumpulan seperti Carburetor Dung ,A.C.A.B, OAG dan banyak lagi. Seiring dengan waktu, Industri kita kembali dimeriahkan dengan Laila Lounge, Hujan, Bunkface, Bittersweet yang masih dikenali hingga sekarang. Ada juga beberapa kumpulan yang telah bubar seperti Meet Uncle Hussain.Lagu mereka (Lagu Untukmu) berjaya menembusi final AJL23 pada tahun 2008. Lagu Untukmu adalah salah satu lagu evergreen dari mereka  walaupun vokalis band tersebut iaitu Azlan telah keluar dari Meet Uncle Hussain.

Lain pula dengan adegan filem/drama Malaysia, boleh dikatakan industri ini dimonopoli dengan filem/drama bergenre aksi,cinta dan seram yang sentiasa mendapat tempat istimewa di hati peminat hingga sekarang. Agak rare buat siaran tv Malaysia untuk menyiarkan drama drama bergenre indie atau ber-vibe youthful. Tetapi, drama yang satu ini telah berjaya menarik minat anak muda untuk menontonnya, Drama arahan oleh  Effendee Mazlan dan  Fariza Azlina Isahak ini  telah disiarkan pada tahun 2008 oleh 8tv.

 

KAMI mengisahkan tentang 5 sekawan mengharungi naik turun kehidupan sebegai seorang pelajar sekolah menengah yang cuba untuk kekal konservatif sesuai dengan trend sewaktu itu. Dengan lingkungan umur masing masing 16-17 tahun mereka mempunyai kehidupan yang agak bebas dan berkongsi minat iaitu pergi gig layan kugiran yang baru  “naik” waktu itu. Filem lowbudget ini bukan sahaja berlatar belakang kehidupan sebagai rakyat kelas pertengahan tetapi telah berjaya menarik anak muda untuk terjebak sama menonton drama ini kerana soundtrack atau suara latar belakang yang telah diselitkan ke dalam beberapa scene mengikut situasi. Drama yang mempunyai 8 episod ini kemudiannya disambung dengan filem mereka yang telah disiarkan di pawagam pada hari raya pertama 2008.

\"\"

Ali, watak kegemaran penulis yang diperankan oleh Syarul Ezani untuk filem ini walaupun lakonannya agak kayu. Mempunyai masa silam yang gelap sebagai penagih dadah dan baru sahaja keluar dari pusat pemulihan akibat daripada jenayahnya itu. Seorang anak orang kaya yang “sedang menuju” kebankrap-an. Rileks dan cool tapi kuat pendam, emo konon dia sorang saja ada masalah besar dalam hidup. Status perniagaan ayahnya itu telah mengubah suasana di rumah membuatkan ibunya sering mencari punca untuk bergaduh dengan ayahnya.

”first the apartment,sekarang ni  kereta alisya pulak”

”then after this what?.nak jual rumah ni?”.kata ibu ali tidak puas hati dengan keputusan ayahnya untuk menjual kereta Alisya,kakak kepada Ali (Sazzy Falak).

“I don’t care as long as they’re stop fighting”, jawab Alisya tenang.

Dalam diam ali masih menyimpan dadah yang disorok di dalam biliknya. Konflik bermula ketika Ali tahu siapa sebenarnya Lyn,seorang ‘flyer’nya boy si pengedar dadah.

\"\"

Watak Adi yang telah dimainkan oleh Ani Zayanah ini juga turut menyentuh hati walaupun ianya bukanlah watak utama filem kami. Adi adalah seorang perempuan urban yang suka menjahit,fesyen dan mencari teman di media sosial.

Ianya bermula apabila dia mengenali seorang lelaki bernama Ais Vanilla di media sosial dan boleh dikatakan mereka chatting setiap hari sehingga  membuat keputusan untuk bertemu. Pada awalnya, mereka berjanji untuk pergi gig tetapi Ais Vanilla pujaan hatinya itu tidak muncul kerana alasan peribadi. Iyalah, mereka  bukannya berkenalan di  whatsapp, boleh cancel plan last minute dengan mesej. Adi tunggu sehingga dia tersalah orang dan malu dengan kejadian itu.

”its okay all is forgiven”,kata adi rileks.

Janji temu kedua mereka adalah di perhentian bas sekitar Kuala Lumpur. Kebetulan ibu Adi pula mengalami kecelakaan di dapur dan ini membuatkan adi tidak jadi pergi bertemu Ais Vanilla-nya. Selepas kejadian tersebut, Ais Vanilla tiba tiba menghilangkan diri.

“Dia bengang ke dia menggelabah ke…I don’t know!”,ujar Adi.

\"\"

Lyn lakonan Liyana Jasmay  merupakan watak utama buat filem ini. Seorang gadis kampung yang struggle untuk hidup sehingga sanggup berniaga fanzine, dan menjadi “flyer”nya boy. Bukan itu sahaja, Lyn juga telah memberi rakan sekelas meniru homework dengan balasan rm1 sekali tiru dan mengaut keuntungan dariadanya. Gadis ini hidup bersama ibu tunggalnya setelah kematian ayah akibat sakit jantung. Lyn selalu berikat perut. Tambahan, kerjaya ibunya sebagai pekerja kedai roti membuatkan hidup mereka serba kekurangan. Boy (Zahiril Adzim) adalah kenalannya dari kampung. Lyn kenal Boy melalui rakannya sendiri.

Bermula dengan rakan karib lyn yang hamil luar nikah pada usia muda dan kantoi mengedar dadah telah banyak mengubah hidup Lyn. Akibat daripada itu, Ibunya menerima tawaran untuk bekerja di Kuala Lumpur sebagai tukang masak. Mereka berpindah dan susah untuk dia membiasakan diri dengan atmosfera baru di KL. sifat Lyn yang agak sombong membuatkan Adi dan sofi mahu mengenalnya dengan lebih rapat.

“so do you like music?,what are you into?”,soal Adi.

“Locals band”,jawab Lyn spontan.

\"\"

Sofi(Juliana Evans) adalah seorang gadis pintar berasal dari keluarga yang serba cukup. Tinggal bersama ibunya. Penceraian Ibu dan bapanya mengakibatkan Sofi berpisah dengan adik beradiknya yang lain. Kisah Cinta ibunya yang sering gagal juga sentiasa menjadikan Sofi sebagai mangsa dek kerana ibunya yang takut untuk berseorangan. Sofi atau ex kepada Ali ini adalah seorang yang mempunyai cita-cita untuk belajar di luar Negara selepas SPM. mereka putus kerana sifat yang kurang matang(pada pandangan penulis). Akibat daripada itu, Sofi getback bersama Zarul dan menggunakan dia sebagai rebound untuk membuat Ali cemburu.

“Nak tapi…I tengah tunggu Zarul”,jawab sofi menolak ajakan Ali untuk naik kereta barunya .

“Ah… Zarul,can you please send me back to school?.I lupalah ada kokurikulum kat sekolah”,pinta Sofi kepada Zarul

Oleh kerana perangai Zarul yang gatal dan suka mengambil kesempatan membuatkan sofi jelik dengannya. Dia masih gila bayang dengan Ali dan sukar untuk move on walau hakikatnya mereka sudah lama berpisah.

 

\"\"

Hasbullah lakonan yang dibawakan oleh Nas-T ini pada akhirnya banyak mengubah persepsi penonton tehadap budak nakal seperti watak yang telah dibawa dengan jaya ini. Bapanya seorang guru yang sangat malu memiliki anak seperti Abu. Kalau anda layan drama rantaian mereka dari 8tv sebelum ini ,Ali adalah anak  seorang ahli perniagaan yang sudah tidak mampu untuk menghantarnya ke Private School. Oleh kerana itu, dia bertemu dengan watak penting cerita ini iaitu Abu. Abu sering dibanding- bandingkan dengan abangnya tak kira dari segi akademik mahupun sukan. Abang nya sentiasa excel dalam apa jua yang dilakukan. Ini membuatkan ayah mereka agak prejudis terhadap Abu yang dianggapnya sebagai “penconteng arang keatas muka” di sekolah. Abang kepada Abu, telah mati ditikam tidak lama selepas itu kerana dirompak di tepi perhentian bas sewaktu menunggu Minah Internet. Abu ditangkap polis akibat cuba mencuri jajan dikedai runcit dan dimasukkan ke pusat pemulihan.

Inilah ringkasan daripada saya sendiri yang tidak sudi untuk mengulaskan lebih lanjut lagi walaupun filem ini anda boleh sahaja tonton di facebook. Kalau anda ingin mencari kelainan dalam menonton filem-filem Malaysia, saya rasa filem ini adalah jawapannya. Walaupun ia merupakan sebuah filem low budget, tapi bagi saya ia sudah cukup mengetengahkan jalan cerita yang boleh menyentuh emosi dan perasaan penonton. Filem ini bukan sahaja memaparkan realiti masalah remaja malahan ia juga mengetengahkan isu isu keluarga yang masih berlaku di kalangan kita sehingga kini. Sekian,Terima Kasih.

Karya oleh,Eyza

Disemak oleh,Rayvathi a/p Theivindran

Leave a Comment

Your email address will not be published.