SHAH ALAM, 12 Disember – Persiapan dan latihan awal telah berjaya membuahkan hasil setelah Kontijen UNITEN dinobatkan sebagai Johan Kategori Perarakan Terbaik NGO/IPTA/IPTS/MASJID sempena majlis sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Selangor 1438H yang diadakan di Stadium Malawati.
Perarakan sejauh dua kilometer itu turut melibatkan 90 kontijen yang dianggotai lebih 3,600 peserta. Kontijen terbabit terdiri daripada jabatan kerajaan, badan berkanun, swasta, badan bukan kerajaan, institusi pengajian tinggi awam, masjid dan sekolah menengah
Sambutan bertema \’Umat Bersatu Selangor Maju\’ itu turut dihadiri Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.
Tahniah dan syabas kepada Kontijen Uniten.