Impianku untuk menjadi atlit sejak dari sekolah

Impianku untuk menjadi atlit sejak dari sekolah.

Dari form 1 lagi memang aku telah ditakdirkan gemuk ?. Salah sendiri sebenarnya sebab asyik makan, tidur and main game (repeat) dari sekolah rendah lagi. Efeknya, masuk form 1 aku gemuk diantara yang gemok.

Time form 2 aku start minat sukan, first sukan yang aku main adalah ragbi. Start form 2 aku kurus sikit but not fully kurus lah. Sejak dari tu aku keep on playing ragbi, tapi aku jelous dengan atlit-atlit track. 100m, 200m, 400m, 1500m, atlit merentas desa.

Aku jeles giler dengan geng2 atlit ni sebab keupayaan diorang lari laju dan long distance. Setiap kali merentas desa, muka-muka ni lah yang slalu kat depan. Hebat gilaaaa, aku terpegun and teruja gila tengok ability, endurance dan stamina diorang

time tu kagum nak mampus tengok, aku pikirla camne diorang bole buat camni? lari jauh, pastu laju. Aku ingat sebab diorang kurus dan GIFTED sebab tu boleh buat camtu (itu adalah salah satu faktor= badan ringan). Tapi nak jadi atlit ni memang kena banyak korban masa and tenaga, bukan senang nak jadi power

atlit sekolah aku dulu ada special coach, pastu special training diorang, sebab tu diorang padu. Time tu aku memang tak nak ke arah tu sebab aku realistic dengan badan dan keupayaan sendiri. Aku tau memang takleh buat dan taktau cara nye hahhaha.

End up terkubur laaa impian aku nak jadi atlit time sekolah. Jujur aku jeles sebab atlit ni biasanya popular kan lepastu selalu dapaat pergi merantau serata malaysia attend competition. Memang best.

Paling aku menyesal sekali bila aku teringat balik time dulu merentas desa 7km je pun. Sekarang aku buat 10km 48 minit je (paling laju). Bila fikir balik kalau dari sekolah dulu aku ada effort dan discover benda-benda ni memang dah power aku sekarang hahaha (kalau consistent).

Aku start discover running ni time aku start jogging dulu dekat uitm dungun, sebab time tu berat aku dah 90kg. Time tu jogging bedal je, technique takda form takde bedal je asalkan 1 round loop tepi pantai tu. Jarak pun tak kira, memang 0 habis. Time tu syok gila dapat habis 2 round, sebab ingat stamina dah paadu gila. padahal time tu 2 round 1km je tak silap hahaahaaah bebal giler, tapi takpela permulaan kan.

time tu tak serious pun nak kurus, start serious time sebelum masuk degree di uniten, time tu tengok diorang kira jarak lari pakai apps dekat phone. Aku pon try la, and aku tengok typical jarak larian diorang 5km. First larian aku, aku bedal 5km. Nak meletup beb organ-organ dalamaan aku, jantung, paru2, injal dan sebagainya

lama kelamaan aku nampak effect jogging ni, badan aku susut gila (aku buat training hiit, gym dan sebagainya bukan sahaja jog) , tapi effect paling aku bangga sekali adalah stamina naik. that feeling bila kau jog 5km tak penat langsung. Lama gak aku maintain 5km je. untuk pengetahuan korang aku jog 5km nak dekat hari2 takde rest. Pastu aku start 10km dan seterusnya aku join my first HM dekat cyberjaya ( twincity)

lepas kejayaan HM (2 jam), aku mendapat motivasi untuk teruskan perjuangan, belajar lebih banyak ilmu running dengan sifu2 luar dan rakan2. lepas tu aku makin kerap jog 10km, tak penat pun jog 10km tu yang sedap tu. Akhir sekali aku dapat keyakinan dan motivasi ntuk try 42 km FULL MARATHON.

kini alhamdulillah aku dapat perform lebih dari golongan atlit-atlit time sekolah dulu. dah tak jeles dah hahahah . ni record first full marathon aku 5 jam 38 minit. ok la tu buat kenangan dan pengalaman insyaAllah next target 4 jam pula. sekian

Muhammad Farhan Helmy
-triathlete to be in shaa Allah-

tq rakan2 kerana bagi motivasi dan ibu bapa bagi sokongan dan dorongan. dan coach Ikmal Abdul Jabar banyak tunjuk ajar

Leave a Comment

Your email address will not be published.