Hari Informasi Pelanggan Pusat Sumber & Pesta Buku 2019(IRC Clients’ Day)

\"\"\"\"\"\"

#KITAUNITEN Hari Pelanggan dan Pesta Buku telah berlangsung dengan jayanya pada 16 dan 17 Julai  yang lepas. Pada 16 dan 17 Julai yang lalu, Pusat Sumber UNITEN telah mengadakan program bersempena Hari Pelanggan dan Pesta Buku di aras 2, Pusat Sumber Maklumat UNITEN dan telah Berjaya mencapai sasaran mereka pada kedua-dua hari tersebut. Program ini diadakan bertujuan untuk menarik minat para pelajar UNITEN berkaitan servis-servis yang ditawarkan oleh Pusat Sumber UNITEN. Semasa program berlangsung, pelbagai aktiviti telah dilakukan dan juga variasi hadiah-hadiah yang menarik yang telah dimenangi oleh para peserta. Tidak rugi bagi mereka yang digelar pencinta buku dan juga mereka yang masih berjinak-jinak dengan aktiviti membaca, yang telah menyertai aktiviti yang berilmiah daripada program seperti ini.

Sebelum ini, Pusat Sumber UNITEN merupakan tempat rujukan bagi para pelajar untuk mencari bahan kajian mereka dan kebanyakkan daripada mereka menggunakan buku teks, jurnal, surat khabar, majalah dan sebagainya sebagai sumber rujukan. Tetapi pada masa kini, para pelajar hanya perlu akses ke laman web rasmi Pusat Sumber UNITEN yang tertera: http://lib.uniten.edu.my/ulib/. Laman web rasmi ini telah diselenggara oleh pihak Pusat Sumber UNITEN sepenuhnya dengan kolaborasi bersama vendor-vendor UNITEN. Laman web ini ditubuhkan bagi membantu para pelajar mencari bahan kajian mereka dengan lebih mudah, pantas dan relevan.

Maklum balas daripada salah seorang vendor (IEE) di situ, Encik Edward Kennedy berkata, “Apabila pelajar mengakses laman web ini, maklumat hanya di hujung jari mereka dan ia merupakan salah satu inisiatif Pusat Sumber UNITEN untuk memudahkan kerja mereka sebagai pelajar. Hal ini kerana, kita tahu bahawa pelajar mempunyai masa yang terhad dengan aktiviti harian mereka dan ini merupakan pendedahan yang berguna kepada pelajar baru dan juga pelajar yang lama. Amat merugikan jika pelajar tidak menggunakan servis laman web rasmi seperti ini.”. Wakil daripada Pusat Sumber UNITEN memberitahu bahawa pelajar hanya perlu masuk ke dalam laman web tersebut dan pelbagai maklumat dari segi bahan kajian, berita terkini dan sebagainya telah tersedia buat mereka.

\"\"\"\"\"\"

Bagi memeriahkan lagi suasana, aktiviti menarik seperti cabutan bertuah telah disediakan beserta hadiah yang menarik. Para pemenang semuanya ialah pelajar-pelajar UNITEN sendiri. Pemenang hanya diumumkan sewaktu majlis penutup dijalankan. Begitu juga aktiviti menarik yang lain seperti kuiz yang telah dijalankan oleh salah satu vendor di situ iaitu BERNAMA (BLIS), dengan hanya menggunakan kahoot.id sebagai medium supaya para pelajar lebih mengenali servis yang ditawarkan oleh mereka. Antara servis yang diberi oleh mereka ialah berita terkini, mengenai pasaran ekonomi semasa dan sebagainya.

Kuiz ini telah dimenangi oleh salah seorang pelajar UNITEN. Pelajar tersebut memberi maklum balas yang sangat positif tentang program yang telah dijalankan dan berharap akan ada lebih lagi, pertandingan yang informatif seperti itu.

Beserta, maklum balas daripada salah seorang pengunjung di situ, Herry Aaron berkata, “Program ini amat berguna kepada para pelajar untuk menambah lagi ilmu pengetahuan mereka. Di samping itu, para pelajar juga boleh menjadikan laman web rasmi Pusat Sumber UNITEN sebagai sumber rujukan mereka. Begitu juga jualan-jualan novel yang diadakan adalah sangat memuaskan hati kerana novel dijual sebanyak tiga unit pada harga RM50 dan harganya amat berpatutan terutamanya kepada para pelajar.” Maklum balas dari rata-rata pengunjung mengatakan bahawa mereka berpuas hati dengan servis yang telah ditawarkan oleh Pusat Sumber UNITEN. Dengan cara ini, pelajar lebih didedahi dengan sistem yang ditawarkan. Kini, para pelajar tidak usah gusar lagi kerana semua maklumat hanya di hujung jari mereka sahaja.

Pihak NADi UNITEN berterima kasih kepada Pusat Sumber UNITEN kerana telah memberi peluang kepada kami untuk mengadakan sesi temubual bersama vendor-vendor dan para pengunjung pada kedua-dua hari tersebut. Semoga program seperti ini akan diadakan lagi pada tahun hadapan dan dapat menarik lebih banyak lagi pelajar UNITEN pada masa yang akan datang.

Ditulis oleh, Nur Nadiah binti zainorin & Nurin Sofiya binti Zaini

Disemak oleh, Nur Izzah Arrina Bt Muhamad Nasir

Gambar diambil oleh,Skuad Media Uniten

 

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published.