BANTU BUKAN PELAWAT PUSAT GELANDANGAN

\"peserta

Pusat transit gelandangan yang dibina di pusat bandar berupaya memuatkan ratusan penduduk setiap hari; namun setiap hari masih ada yang memilih untuk tidak mengharapkan bantuan atau perlindungan di pusat ini atas sebab tersendiri.

Untuk membantu golongan ini, 50 pelajar Universiti Tenaga Nasional telah menjalankan program Feed the Needs dimana mereka mengedarkan bantuan kepada gelandangan yang memilih untuk bermalam di jalan-jalan sekitar Kuala Lumpur.

Menurut pengarah program tersebut, Muhammad Ibrahim, pelajar tahun 3 Ijazah Perakaunan UNITEN, objektif program ini adalah untuk mendedahkan peserta kepada kehidupan seharian golongan gelandangan. “Jika kita berupaya untuk memahami golongan ini, kita boleh cuba untuk membantu mereka dalam berbagai cara” tambahnya.

Penganjur program ini, Enactus UNITEN merupakan satu organisasi antarabangsa yang bekerja rapat dengan dunia korporat dan pusat-pusat pengajian tinggi untuk membolehkan pelajar khususnya untuk menjalankan aktiviti-aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR).

UNITEN telah mengungguli Enactus Malaysia National Championsip tahun lepas dan telah mewakili Malaysia untuk ke Piala Dunia Enactus di Johannesburg, Afrika Selatan. “Input seperti ini sangat berguna untuk kami merancang pelan program pembangunan komuniti sejajar objektif Enactus” tambah Muhammad.

Program yang turut disertai pelajar dari Universiti Malaysia Pahang dan Universiti Pendidikan Sultan Idris ini diadakan di sepanjang Jalan Tunku Abdul Rahman, Pudu Sentral, sekitar Bank Negara dan Maju Junction Mall. Mereka mengedarkan kit bantuan yang mengandungi pakaian, alat kebersihan harian dan makanan yang telah disumbangkan oleh masyarakat melalui beberapa program kutipan sebelum ini.

\"peserta

 

\"peserta

 

\"peserta

 

\"peserta \"peserta \"peserta

 

Leave a Comment

Your email address will not be published.