MUADZAM SHAH, 21 DISEMBER – Seramai 250 mahasiswa Universiti Tenaga Nasional, Kampus Sultan Haji Ahmad Shah telah diraikan dalam Majlis Anugerah Siswa Hebat 2016 anjuran Majlis Perwakilan Pelajar. Acara tahunan itu yang telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor UNITEN KSHAS, Prof.Dr Salina Binti Daud bertujuan untuk memberi penghargaan dan juga pengiktirafan kepada mahasiswa universiti yang mencapai prestasi yang cemerlang dalam akademik mahupun kokurikulum.
Timbalan Naib Canselor UNITEN KSHAS, berkata majlis berkenaan juga menjadi pemangkin untuk mewujudkan semangat dalam kalangan pelajar UNITEN bagi menghasilkan prestasi yang lebih cemerlang selain terus mencetuskan kreativiti dan inovasi. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada mahasiswa dan mahasiswi yang telah berjaya dalam mengekalkan prestasi yang cemerlang dalam akademik dan kokurikulum mereka.
Terdapat 3 kategori anugerah yang disampaikan, antaranya Anugerah Gangsa, Anugerah Perak dan Anugerah Emas. Seramai 80 pelajar penerima Anugerah Gangsa, 100 pelajar penerima Anugerah Perak dan 70 pelajar penerima Anugerah Emas. Dalam masa yang sama, acara kemuncak iaitu Anugerah Siswa Hebat bagi Jurusan Perakaunan telah dinobatkan kepada saudara Syed Abdullah Mamduh bagi kategori lelaki dan Saudari Tan Hsueh Lin bagi kategori wanita. Manakala, Anugerah Siswa Hebat bagi Jurusan Bisnes dan Kewangan telah dinobat kepada saudara Premjit Singh bagi kategori lelaki dan saudari Nur Syahirah Binti Zamri bagi kategori wanita. Anugerah inimerupakan lambang penghargaan kepada mereka kerana telah mengharumkan nama UNITEN dan memperoleh pencapaian yang tertinggi dalam akademik mahupun kokurikulum.
Untuk keseluruhan gambar sepanjang majlis anugerah ini berlangsung, boleh dapati di Facebook rasmi Skuad Media Uniten: Anugerah Siswa Hebat 2016
Ditulis oleh: Fathi Pirdaus