ANUGERAH DARJAH KEBESARAN

\"13912827_10153704893102116_1496941356515894560_n\"     \"13925371_10153704891857116_8636826132112358640_n\"

PULAU PINANG, 9 JULAI – Sempena sambutan Hari Ulang Tahun ke -78, Tuan Yang Terutama Tun Dato\’ Seri  Utama ( Dr.) Haji Abdul Rahman Bin Haji Abbas, Yang Di – Pertua Negeri Pulau Pinang telah mengurniakan  Anugerah Darjah Kebesaran kepada beberapa individu yang berlangsung di Dewan Seri Pinang, Pulau Pinang.

Antara penerima Anugerah Darjah Kebesaran dari Universiti Tenaga Nasional adalah Naib Canselor UNITEN,  Y. Bhg. Dato\’ Prof. Ir. Dr. Kamal Nasharuddin B Mustapha yang telah dianugerahkan Darjah Kebesaran Darjah Setia Pangkuan Negeri (D.S.P.N) yang membawa gelaran Dato\’ Darjah ini dikurniakan kepada individu-individu yang menyumbang perkhidmatan yang istimewa serta mempunyai kedudukan yang tinggi. Kurniaan ini dihadkan kepada lapan ratus (800) orang yang masih hidup.

Selain itu, Timbalan Naib Canselor (Kampus Sultan Haji Ahmad Shah), Prof Dr Salina Bt Daud pula telah dikurniakan Darjah Johan Negeri (D.J.N.) yang hanya dikurniakan kepada individu-individu yang memberi perkhidmatan yang gemilang di dalam apa jua lapangan. Darjah ini dihadkan kepada seribu (1000) orang yang masih hidup

Warga UNITEN mengucapkan sekalung tahniah atas pengurniaan Anugerah Darjah Kebesaran tersebut.

DISEDIAKAN OLEH : AZRIF ASRAF AZMAN & NUR SYAFIQAH NORSHAH

 

Leave a Comment

Your email address will not be published.