
Jom Sarapan@Sabil Corner TAZU – FREE FOR ALL
Assalamu’alaikum w.b.t & Selamat Sejahtera,
Untuk makluman, Tabung Amanah Zakat UNITEN (TAZU) ada menyediakan sarapan pagi sepanjang hari peperiksaan akhir Semester 2,2022/2023 bermula 8 Mei 2023 sehingga 30 Mei 2023 (pada hari peperiksaan dijalankan).
Program “Jom Sarapan@Sabil Corner TAZU – FREE FOR ALL” diadakan bagi menyediakan sarapan pagi ringkas iaitu sandwich dan air mineral kepada semua pelajar UNITEN (beragama Islam & bukan beragama Islam) yang akan menduduki peperiksaan akhir Semester 2,2022/2023.
Makanan dan minuman tersebut disediakan sebanyak 200 pax hingga 250 pax kepada pelajar-pelajar UNITEN yang terawal (First come, first served) bertempat di kawasan luar dewan
Putrajaya :
– Dewan Seri Sarjana (DSS)
– Dewan peperiksaan Perpustakaan / Library
KSHAS, Pahang :
Dewan peperiksaan Kampus Sultan Haji Ahmad Shah, Pahang.
Oleh itu, semua pelajar dijemput mengambil sarapan ringkas yang disediakan.
Sekian, terima kasih.
-Tabung Amanah Zakat UNITEN-