PUTRAJAYA , 13 Januari 2017 – Dato\’ Prof Ir. Dr. Kamal Nasharuddin mahu seluruh warga UNITEN menjadikan 2017 sebagai tahun penyampaian atau \’The Year of Delivery\’ dengan keutamaan menunaikan janji dan melaksanakan projek serta program yang dirancang sempena sambutan ulang tahun UNITEN yang ke-20 tahun ini.
Majlis Aspirasi Naib Canselor & Majlis Kesyukuran 20 Tahun UNITEN yang diadakan di Dewan Seri Sarjana pagi itu telah dihadiri oleh kesemua pensyarah dan staf dari Kampus Putrajaya.
Dengan tema \’Celebrating The Past, Igniting The Future\’, antara perkara yang dibentangkan oleh Naib Canselor adalah perubahan dalam struktur organisasi, pengenalan kepada institusi baru dan juga petunjuk-petunjuk prestasi utama yang harus dicapai.
\”Tahun ini adalah masanya untuk kita bangun bersama-sama dan laksanakan janji yang ditunaikan demi melonjakkan kedudukan universiti ke peringkat yang lebih tinggi malah menjadikan UNITEN sebagai IPTS terbaik mengikut QS Asia University Ranking dan QS Stars Rating.\”
\”Kita berusaha untuk menyediakan pelbagai kemudahan dan persekitaran yang lebih kondusif di kedua-dua kampus untuk digunakan oleh pihak universiti secara percuma untuk tujuan pembelajaran.\” kata Dato\’ Prof Kamal ketika menyampaikan ucapan dan aspirasi beliau.
Beliau juga berharap agar pihak universiti dapat memberi tumpuan kepada penyampaian, bukan hanya dari segi fizikal tetapi juga nilai kepada warga UNITEN di samping meningkatkan kadar kebolehpasaran graduan (KG) pelajar.
\”PPPMT (PT) telah menggariskan komitmen Kementerian untuk melahirkan graduan yang memenuhi kehendak industri dan mencapai kadar kebolehpasaran graduan KG lebih 80% menjelang tahun 2025.
Turut berlangsung adalah pelancaran UNITEN Research Roadmap @ UNITEN. Majlis yang berakhir pada 11.45 pagi itu disudahi dengan jamuan kesyukuran sempena ulang tahun ke-20 UNITEN.
Disediakan oleh : Azrif Asraf bin Azman