1JUN MPP TAMAT SESI

\"IMG-20160604-WA0002\"PUTRAJAYA, 1 JUN –Genap jam 10 malam hari ini Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) telah melengkapkan tempoh memegang jawatan di UNITEN selepas dilantik 18 bulan yang lepas.

Barisan Majlis Perwakilan Pelajar(MPP) yang terdiri daripada 12 orang ini telah mencatatkan sejarah di UNITEN sebagai barisan yang memegang jawatan dalam tempoh terpanjang.

Menurut Akram Yusoff, Presiden MPP UNITEN hal ini adalah disebabkan pertukaran sesi permulaan pemegangan jawatan oleh MPP yang telah ditukar daripada Disember sebelum ini kepada Jun, lebih 6 bulan dari tempoh sebelumnya.

“Pertukaran ini memberi peluang kepada kami untuk menjalankan lebih banyak aktiviti untuk pelajar UNITEN khususnya,” ujar Azim Zabidi, Setiausaha MPP Sesi 15/16.

Antara program terbesar yang dijalankan oleh MPP UNITEN adalan UNITEN Week of Welcoming ataupun lebih dikenali sebagai UNITENWOW dimana merupakan satu inisiatif untuk menggalakkan para pelajar baru khsususnya untuk mengenali kelab-kelab dan persatuan di dalam UNITEN dan seterusnya menceburi dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

Ini adalah selari dengan  usaha UNITEN untuk membentuk pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik bahkan juga aktif dalam bidang kokurikulum.

“Kami turut menjemput beberapa agensi bukan kerajaan untuk membuka mata pelajar bahawa aktiviti kokurikulum tidah terhad di dalam universiti sahaja,” ujar Aliff Samad, Biro Kelab dan Persatuan MPP UNITEN yang juga merupakan pengarah program UNITENWOW.

Program yang dijalankan selama 2 hari (1-2 Jun) dari 8 pagi sehingga 10 malam ini turut menampilkan barisan selebriti tempatan seperti Datuk Aznil Haji Nawawi, Tasha Manshahar dan IR Radzi.

Leave a Comment

Your email address will not be published.